Notis Privasi


    MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

    NOTIS PRIVASI

    Tuan/Puan,

    Selaras dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini
    disebut sebagai "Akta 709") yang mengawal selia pemprosesan data peribadi untuk
    tujuan transaksi komersial, kami memberi anda notis seperti berikut (untuk tujuan
    notis bertulis ini, terma "data peribadi" dan "pemprosesan" hendaklah mempunyai
    maksud yang ditetapkan di dalam Akta 709):

    1. Data peribadi anda yang sedang diproses oleh atau bagi pihak MARA dan data
    peribadi anda telah atau boleh dikumpulkan pada masa depan, daripada
    maklumat yang anda telah beri kepada kami dalam apa-apa borang dan manamana
    dokumentasi MARA yang lain. Data peribadi anda juga mungkin kami
    perolehi dari sumber-sumber lain termasuklah daripada mana-mana pihak
    seperti badan kawal selia, mana-mana agensi kredit, majikan anda, penjamin
    atau pembekal cagaran anda dan sumber lain di mana mereka mempunyai
    akses.

    2. Data peribadi yang diproses oleh kami termasuklah nama, nombor kad
    pengenalan, nombor telefon, alamat, gambar, imej, perkongsian, testimoni dan
    maklumat lain. Kami ingin menegaskan bahawa apa-apa kegagalan untuk
    menyediakan data peribadi atau penarikan balik kebenaran anda untuk
    memberi dan untuk kami memproses data peribadi anda pada kemudiannya
    boleh mengakibatkan kami tidak dapat memproses data peribadi anda untuk
    tujuan-tujuan yang dinyatakan di bawah.

    3. Kami sedang memproses data peribadi anda, termasuk apa-apa maklumat
    tambahan yang mungkin anda berikan kemudian untuk mana-mana tujuan
    (“Tujuan”) seperti yang berikut:
    a. menurut sebarang aktiviti berkaitan dengan MARA dalam menjalankan
    fungsinya;
    b. untuk memberikan kepada anda bahan atau maklumat pemasaran atau
    apa-apa promosi;
    c. apa-apa tujuan lain, secara langsung atau tidak langsung yang berkaitan
    dengan tujuan di atas dan aktiviti- aktiviti MARA.

    4. Maklumat peribadi anda mungkin dizahirkan kepada orang awam, syarikat
    induk kami, syarikat subsidiari, syarikat berkaitan dan/atau bersekutu,
    pemegang lesen, rakan kongsi perniagaan, pengedar dan/atau pembekal
    perkhidmatan, agen dan penasihat teknikal termasuk tetapi tidak terhad kepada
    peguambela dan peguamcara untuk apa-apa Tujuan. Seterusnya, data
    peribadi anda mungkin akan dipindahkan ke lokasi-lokasi di luar Malaysia.
    Kami sentiasa mengambil langkah-langkah yang munasabah dan perlu untuk
    memastikan bahawa data peribadi anda berada dalam keadaan yang selamat
    dan digunakan selaras dengan Notis Privasi ini.

    5. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda
    berikan adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Anda boleh
    mengakses dan memohon untuk membetulkan data peribadi anda,
    mengehadkan pemprosesan data peribadi anda, atau menghubungi kami untuk
    apa-apa pertanyaan berkaitan dengan data peribadi anda.

    6. Apabila anda memberikan data peribadi anda atau maklumat mengenai orang
    lain kepada kami, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda
    untuk bertindak bagi pihak mereka, untuk bersetuju bagi memproses data
    peribadi mereka dan untuk menerima notis perlindungan data bagi pihak
    mereka.

    7. Kami berhak untuk mengubah atau mengemaskini Notis Privasi ini untuk
    menyelaraskan apa-apa perubahan terhadap amalan privasi kami. Kami akan
    memaparkan apa-apa pindaan tersebut dalam notis di laman sesawang kami
    atau melalui apa-apa cara lain yang sesuai. Kami percaya bahawa anda
    bersetuju dengan terma di atas dan membenarkan kami memproses maklumat
    peribadi anda.

    Keusahawanan & Pendidikan Global
     

 © Copyright 2021 MRSM Tun Ghazali Shafie. All Rights Reserved.